.......................................................................................................................................................
"Sakittttttttttttttttttttt!" Rayyan menjerit.
"Hahahahahaha tahu pun kau sakit tu apa?" Satu suara yang bermain-main di fikiran Rayyan.
" Sakit la bodooooo!" Rayyan membalas.
"Itulah, takkan kau tak tahu tentang peringatan mengelakkan maksiat kat dunia ni? kau dah lupa?" Balas suara itu.
"Aku tahu laaahhhh, tapi aku tengah sakit ni, kau tak nampak ke? Aduh, sakiiitttlahh" Rayyan menempelak.
"Aku di sini hanyalah alat untuk menghasut kau supaya kau berbuat kejahatan berulang-ulang kali, takkan itu pun aku nak bagitahu engkau?" Sindir suara itu.
"Argh, kau si penipu! Mati-mati aku ingat kan dengan jalan yang aku pilih ini aku akan selamat! ADUHHH, SAKITTTT!" Rayyan kembali mengeluh.
"Itulah, kau manusia bodoh, kau sudah tahu tapi masih punya hati untuk menempah kepahitan sejak di dunia! HAHAHAHAHAHAHAHA, PADAN DENGAN MUKA KAU! HAHAHAHAHAHA!" Ulang suara itu berkali-kali dengan bongkaknya.
"Tak apa, aku akan pastikan aku tak terjebak lagi dengan perkara dusta ni! Berambus kau! Mulai hari ini aku bertekad untuk menjadi yang lebih baik dari yang dulu! BERAMBUSLAH KAU! TAK GUNA!" tekad Rayyan.
"Boleh wahai Rayyan, asalkan kau ingat ya bahawa aku tetap berada di sisi cucu cicit Adam selagi mana mereka tidak berpegang teguh pada agama! INGAT!" balas suara itu kemudian ia beransur-ansur hilang dari fikiran Rayyan.
14 hari kemudian.
Rayyan tersedar dari koma setelah dia terlibat dalam kemalangan pada dua minggu yang lepas. Dia kembali pulih setelah beberapa minggu menjalani rawatan di hospital tersebut. Apa yang mengejutkan kedua-dua orang tuanya ialah apabila Rayyan kembali menyempurnakan kewajipannya sebagai seorang Muslim. Rayyan kini sedar bahawa dia telah tersalah pilih kawan yang mengakibatkan dia terpengaruh dengan gejala sosial yang teruk. Bagi kedua orang tuanya pula, mereka dapat merasakan bahawa doa mereka termakbul. Benarlah, Tuhan itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
_Tamat_
No comments:
Post a Comment