1. Hilang pen.
" Bad, nampak pen aku yang warna hitam tu tak? yang Stabilo tu?" - Karl
"Aku tak nampak la weh, asal? Kau tu yang letak merata boleh pulak tanya aku"- Bad
"Alah, mana tahu kau TERnampak, kau kan partner 'meja study' aku, weh aku takleh la 'hidup' lah tanpa pen tu, aku sayang sangat tau pen tu!!!!!!!!! kalau kau nampak please please please please bagitau aku, kalau aku jauh, whatsapp aku, kalau aku balik kampung, kau DM aku kat insta!"- Karl
" Ek eleh kau ni melampau la, setakat hilang pen nan sebatang tu pun kecoh satu dunia pehal? macam-macam lah. Okay okay, aku cau dulu nak sambung Dota, kau chill je, nah pinjam dulu pen aku, sian plak aku tengok kau nih... " - Bad
2. Hilang baju.
" Angin betul lah aku ni! Harini semuanya tak kena! apehal entah!" - Mary
" Jap jap,, kau dah kenapa plak ni? tadi ceria semacam je bila nak pergi angkat baju kat ampaian, ni balik balik muka cemborot tu yang kau tadah kat aku" - Lily
" Memang lah aku happy tadi, tapi bila aku dah sampai kat ampaian, baju yang aku beli haritu kat Insta kau ingat tak? Alah yang design cecomel tu, yang mahal aku beli tu, ish aku geram sungguhla! Si polan mana yang berani betul ambik baju aku! Dia ingat murah ke baju tu?? Dahla limited edition!" - Mary
" Sabar, sabar, bawak bertenang, cuba duduk, kalau masih marah, baring dulu. Istigfar. Kau kena ingat apa yang kita ada sekarang bukannya kita punya 'specifically', haa an dah terceramah pulak aku kat kau, semua ni pemberian Allah" - Lily
3.Kehilangan seseorang.
"Tsk Tsk May, dia dah tak ade! aku sayang sangat dia May, kenapa dia pergi dulu?! tolong aku May, aku nak pergi ziarah dia May!" - Ann
"Ann, kau kena bertenang, sekarang kan waktu Magrib, apa kata kau solat dulu, tenangkan fikiran kau, lepas tu baru kita pergi ziarah, apa-apa hal kau kena bertenang dulu" - May
" Argh, kau tak paham May, setiap hari, setiap saat aku ada dengan dia, dia selalu teman aku, he was everything to me! I love him so much, May! Aku still anggap dia hidup May!" - Ann
" aku faham la orang bercinta ni macam mana even aku tak pernah pun terjebak dengan benda-benda macam ni, tapi kau kena kawal emosi kau, tak elok macam ni! Dia tu cuma boyfriend kau kan? Dah dah, kau pergi bersihkan diri, tenangkan fikiran kau. Kau kena ingat setiap saat Tuhan ada bersama-sama kita, Dia tak pernah tinggalkan kita, cuma kita yang selalu tinggalkan Dia. Kau kena banyakkan doa, sedekahkan al-Fatihah dekat arwah Kee okay? Supaya dia tenang kat sana, nasib kita pun belum tentu selamat atau tak, Ann" - May
.................................................................................................................................................
Sebaik sahaja kita menghirup oksigen,
umumnya kita tahu oksigen itu adalah nikmat pemberian dari Nya,
apa yang pasti suatu hari nanti kita akan kehilangan,
kerna kita juga akan hilang dari dunia sementara ini.
Bukan niat menakutkan tapi kita perlu ingat bahawa apa yang kita ada sekarang ini,
semuanya bukan milik kita, kerna itu kita dituntut bersedekah,
kita dituntut untuk tidak membazir etc etc.
Okay, cuba berfikir sejenak? Could you?
Kbai.
Salam Sabtu.

No comments:
Post a Comment