Saturday, May 9, 2015

Tentang seseorang.

Saturday, May 9, 2015







Dia.
Tidak ku kenal dia dalam setahun dua,
Ku kenali dia pun melalui perantara,
Tidak pernah bersua,
Hendak bercerita pun aku bukanlah jenis yang pandai mengolah kata.

Dia,
berpewatakan menarik,
sesiapa sahaja akan tertarik,
si tua, si muda bahkan si cilik,
semuanya bagaikan terkena kuasa magnet.

Dia,
sentiasa senyum,
dicaci, dihina, bahkan difitnah! dia masih senyum,
hidupnya dipenuhi dengan kedegilan manusia, dia masih senyum.

Dia,
bercakap hanya untuk mendidik,
didiknya dari hati ke hati,
mudahnya bagi orang yang dididik,
terasa dia itu seperti ibu bapa kandungnya sendiri.

Akhir kata,
aku merindui dia yang jauh di mata tapi dekat di hati.




No comments:

Post a Comment

Black © 2014